Monday, 23 May 2011
THE BAD BOYS [Chapter 1]
Seul Ki melihat jam telefon bimbit nya berkali-kali. "Hmm... Lambat betul Hye Mi ni", gumam Seul Ki yang sedang duduk di kerusi cafe Yonsei University. "Dah sejam setengah dah... Hmm, agaknya dia tak jadi pergi lunch dengan aku kot?", Seul Ki memasang muka sedih dan terus angkat dr kerusi cafe. Kerana terlalu asyik menundukkan kepalanya, dia tidak nampak sekumpulan lelaki yang lalu di depan nya. Sekumpulan lelaki yang sedang membawa makanan di atas talam.
Seul Ki memang seorang yang lurus dan sentiasa melakukan kesalahan.
"Yah!", Jerit seorang daripada lelaki yang lalu di hadapan nya. Seul Ki mengangkat kepalanya dan terkejut melihat salah seorang lelaki itu berlumur dengan nasi, kimchi dan beberapa lauk lain.
"Ah? Apa yg terjadi?", Seul Ki memasang muka bingung.
"Aish, kau tau tak berapa harga baju aku ni?" kata lelaki yang sombong yang berambut panjang itu. DIa menyambung, "Kau takkan jumpa baju ni kat Hongdae, mahupun Myeongdong. Di Daegu, Incheon, Busan, Jeju, Seoul? No, no, no... kau takka-",
"Yah! Kalau kau ada apa yang dikatakan, cakap lah sekarang, aku tak nak tahu baju tu kau beli kat mana", Seul Ki mencelah kata-kata lelaki itu.
"Tch! Nampaknya, dia tak kenal hyung", tiba-tiba lelaki berambut blonde mencelah.
"Kau pelajar tahun pertama ka?", tanyak salah seorang lelaki yg berambut coklat dengan nada yang perlahan.
Seul Ki hanya mengangguk kepala.
"Pernah tak kau dengar nama JANG... GEUN... SEUK???", tanya lelaki yang berkulit lebih gelap sedikit daripada lelaki-lelaki yang berada di hadapan Seul Ki.
"Ja..Jang... Geun Suk?", Seul Ki terhenti seketika.
-Flashback-
Gwibin mengetuk pintu dorm mereka dengan kuat sekali. "Cepat lah bukak! Bukak lah cepattttttttt!", Gwibin dengan gopoh-gapah berlari melulu kedalam dorm.
"Apahal kau ni?", Hye Mi bertanya dengan muka yang hairan.
"Celaka geng Jang Geun Suk!", Gwibin menikam tuala sukan nya ke lantai.
"Oh? Kenapa?", Hye Mi bertanya dengan penuh minat.
"Aku kan jogging kat bawah, boleh ke dia lepaskan anjing dia untuk kejar aku?", Gwibin dengan nada sedikit reda memjelaskan kepada Hye Mi.
"Hmm, lain kali jangan lah jogging kat bawah tu. Gym kan ada. Kau macam tak tahu geng JGS tu. Kaki buli. Diorang tak boleh tengok budak baru", Hye Mi menasihati kawannya yang sangat mementingkan kesihatan badan itu.
Seul Ki hanya terus membaca buku novel "Khuntoria" tanpa mencelah perbualan mereka.
-End of flashback-
"Yah! Apa yang kau termenungkan tu? Aku nak kau cuci baju aku ni!", Geunsuk terus membuka baju nya dikhalayak ramai. Semua pelajar di cafe tergamam, tak lupa juga peminat-peminat perempuan Geunsuk yang sedang membuka mata sebesar-besar-besarnya melihat "rezeki" di depan mata.
"Omo!", Seul Ki cepat-cepat menutup matanya yang suci itu.
Geunsuk menikan baju nya ke kepala Seul Ki sehingga bju itu betul-betul landing di atas kepala Seul Ki. "Cuci sebersih-bersih-bersihnya, arasso?".
Seul Ki yang masih menutup mata hanya mengangguk-anggukkan kepala.
Geunsuk terus berjalan meninggalkan Seul Ki yang kaku berdiri di tengah-tengah cafe. Kawan-kawan Geunsuk juga berlalu pergi dari situ.
Di dorm perempuan...
Seul Ki sedang mencuci pakaian Geunsuk sambil menyanyi lagu-lagu Big Bang.
"Seul Ki ah~~", suara Hye Mi mengejut Seul Ki yang tengah mencuci pakaian Geunsuk.
"Oh. Hye Mi. Mana kau tadi?", Seul Ki bertanya seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Kelas lambat habis. Eh? Baju apa kau cuci ni?", Hye Mi yang nakal itu dengan cepat merampas baju itu daripada tangan Seul Ki.
"Baju lelaki ni! Apa kau dah buat??? Omo, our virgin Seul Ki...", Hye Mi melihat Seul Ki dengan pandangan yang tajam.
"Apa ni? Aku tadi... terlanggar Jang Geun Suk di cafe. Baju dia kotor. Jadi, dia suruh aku cucikan". Seul Ki menerangkan perkara sebenar kepada Hye Mi.
"Tck Tck Tck, kau ni memang lurus sangat. Macam mana lah kau boleh cari pasal dengan JGS tu?", Hye terus menolong Seul Ki menghabiskan kerja mencuci itu. Padahal dalam hatinya, dia rasa bersalah. Jika dia datang pasti Seul Ki tidak akan ditimpa masalah.
thanks for reading!
check out Chapter 2!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment