Wednesday, 25 May 2011

THE BAD BOYS [Chapter 5]


Keesokkan harinya...
"GD, aku nak... hmmm", Geunsuk seperti sukar untuk menghabiskan kata-katanya.

GD melihat muka Geunsuk mengerut dahinya tanda hairan.
"Nak....apa???".

"Belajar lompat tinggi", Geunsuk tersengih-sengih dua saat dan terus memasang muka serius.

GD ternganga. Memasang muka are-you-serius?

"Aku serius". Geunsuk menjawab persoalan di muka GD.

"Tapi kenapa? Wae?", GD meninggi suaranya.

"Yah! Aku nak mewakili fakulti bulan depan, tak boleh kah?", Geunsuk meninggikan suaranya.

"Baiklah, baiklah", GD mengangkat kedua tangan tanda surrender.

"Tapi kalau nak belajar, Junyoung dan Minho kan ada, diorang kan atlit?", GD memberi cadangan.

"Mana diorang ni ye? Kalau Junyoung aku tau dia confirm masih tidur sebab mabuk giler malam tadi. Si Minho tu dari kelmarin macam kacau je...", Geunsuk hairan dengan Minho.

"Mesti masih lagi frust pasal Jang Mi", GD menjawab sambil mengangguk kepala tanpa sebab.

"Korang bercakap pasal aku ke?", suara Minho kedengaran di belakang mereka.

"Omo!", GD terkejut.

Minho senyum. "Dah, aku taknak fikir lagi pasal Jang Mi".

GD dan Geunsuk memasang muka you've-gotta-kidding-me.

Minho mengangguk-angguk kepala dan dia terlihat seseorang, "Oh. Hyung!".

Junyoung berjalan menuju ke arah mereka yang sedang duduk di ruang tamu rumah JGS.

"Macam mana kau, OK?", GD bertanya kepada Junyoung.

"OK? Kenapa korang tau pasal...", Junyoung belum sempat menghabiskan percakapan nya.

GD terus mencelah, "Kau mabuk malam tadi, menyusahkan. Tch! Nasib baik Gwibin bagitau, kalau tak mesti kau mati kesejukkan tidur dekat atas jalan!". GD sangat marah dengan perbuatan dongsaeng nya itu.

"Sorry. Aku terlebih minum". Junyoung terus duduk di sofa JGS yang empuk.

"Dan disebabkan engkau lah aku tersalah cakap dengan Gwibin yang aku akan mewakili fakulti bulan depan!", Geunsuk tiba-tiba emosional.

Junyoung ketawa. Tiba-tiba Minho yang tengah serius di tepinya juga ketawa.

"Biar betul! Hyung, acara apa?", Minho masih lagi ketawa.

"Lo... lompat tinggi". Geunsuk menjawab sambil melihat tempat lain.

GD menahan ketawa tetapi dia tidak mahu mengecilkan hati Geunsuk yang sememangnya sudah kecil itu.

"Kenapa tak lumba lari ke, merejam lembing ke, ingat senang ke lompat tinggi?", Minho mengeleng kepala.

"Korang ajar je lah aku! Heiiii! Buat aku marah je!", Geunsuk mengecilkan mata nya serta memuncungkan mulutnya dan melihat mereka dengan tajam.

"Ok, ok, tapi hyung kena praktis tiap hari. Even atlit macam aku dan Minho pun mesti praktis tiap hari", Junyoung mengemukakan cadangan.

Geunsuk mengangguk kepala tanda setuju, "Call".

*Perkataan "call" bermaksud "setuju" dan sering digunakan idols dalam pertandingan.

Di taman kampus...
"Ahhhh sakitnya belakang aku!!!", Gwibin mengeliat dengan harapan sakit belakangnya akan hilang.

"Kenapa sakit? Aku banyak ambik space kau ke malam tadi?", Hye Mi bimbang space tidur Gwibin diambilnya malam tadi kerana mereka tidur bersama malam tadi akibat Hye Mi takut tidur keseorangan.

"Tak lah. Memang selalu macam ni". Gwibin senyum kepada Hye Mi.

Seul Ki berlari menuju kearah mereka sambil mengangkat sekeping flyer.

"Ada Faculty Open Day lah Khamis ni!", Seul Ki dengan nada excited.

"Faculty Open Day? Apa benda tu?", Hye Mi terus mengambil flyer di tangan Seul Ki.

"Open Day lah, setiap fakulti buat pameran di fakulti masing-masing. Apa kata kita buat jualan, nak tak?", Seul Ki memberi cadangan.

"Jual? Nak jual apa? Jual punggung Hye Mi?", Gwibin ketawa. Hye Mi memukul kepala Gwibin tanda marah. Gwibin mengangkat tangan tanda sorry.

"Kita jual lah makanan. Kimchi ke, jagung bakar ke... Ha, Hye Mi, kau kan terer buat cupcake? Kita bisnes cupcake, nak? Mesti laku punye lah!", Seul Ki bercakap dengan nada paling tinggi dan hampir semua orang di taman itu melihatnya serta memasang muka bising-siot-perempuan-tu.

"Shh. Jangan lah kuat sangat suara kau. Malu tau. Hmm, aku ON je. Tp korang berdua mesti tolong aku", Hye Mi melihat mereka berdua dengan harapan mereka akan setuju.

Gwibin senyum dan mengangkat tanda setuju, "I'm in!".

Mereka bertiga berpelukan gembira.

Tiba-tiba semua orang bising.
"Kenapa bising tu? 2PM datang ke?", Seul Ki hairan.

"Ntah lah, jum kira pergi tengok", Gwibin mengajak mereka.

"Song Ji Eun!" Kata salah seorang pelajar.

"Song Ji Eun? Siapa tu?", Gwibin dengan berani bertanya kepada pelajar itu tadi.

"Tak kenal ke? Aish, dia tu wakil pelajar kampus kita. Dia bekas kekasih geng JGS, si Choi Minho". Terang pelajar berbadan kecil dan berambut pendek itu.

"Oh... Thank you... Aeypa", kata Gwibin sambil matanya melihat student card pelajar itu.

Mereka terus beredar dari bunyi bising orang bersorak untuk Song Ji Eun.

"Aish bising nye...", Hye Mi menutup telinganya sambil pergi.

"Pelik betul nama student tu tadi, Aeypa", Gwibin seorang yang suka memikirkan benda yang remeh temeh.

"Apa yang peliknya? Mungkin tempat asal dia Zimbabwe ke, Zambia ke, apa yang kau susah hati?", Hye Mi menjawab Gwibin.

Gwibin hanya menjelir lidah ke arah Hye Mi. *Mehrong*

"Jum, kita pergi beli bahan kek petang ni, nak tak???", Seul Ki tiba-tiba memberi cadangan.

Mereka berdua mengangguk kepala dengan laju seperti torpedo.

"Asa!", Seul Ki senyum.

Petangnya... Di mart.
Mereka masing-masing mencari barang untuk dibeli. Masing-masing sudah diberi list dan berpisah di dlm mart memandangkan mart itu besar dan mereka perlu pulang cepat.

"Hmm mana gula ni?", Seul Ki terkebil-kebil mencari gula.

Dia melihat satu-satu barang di atas rak.

"Tepung gandum... tepung jagung... tepung penaik... pewarna... Jang Geun Suk?!"

Thanks for reading!
Check out chapter 6.

No comments:

Post a Comment