Seul Ki bangun dari tidur. Dia mengeliat dengan bersungguh-sungguh.
"Ahh sedapnye tidur, sofa ni best daripada ka-...", dia terkejut.
"Omo!", Seul Ki terus mengeluarkan dirinya dari dalam selimut.
"Kenapa aku tertidur kat sini?", muka Seul Ki pucat kerana terkejut.
"CUPCAKE!", Seul Ki terus mengambil beg nya dan terus keluar dari rumah itu.
Di stall cupcake...
"Cantik jugak cupcake yang aku hiaskan, hehehe", Gwibin memuji cupcake yang dihiasnya sambil menyusun cupcake tersebut.
"Nanti nak jual kau bukak lah sikit butang baju kau, supaya semakin ramai pembeli", Hye Mi mengusik Gwibin. Gwibin terus menendang punggung Hye Mi dan menambah, "Gila seks".
Minho melihat mereka berdua di stall tersebut dan terus pergi ke arah mereka.
"Hi girls", Minho terus memeluk Hye Mi yang sudah menjadi teman rapatnya sejak semalam?
"Minho, jangan lupa beli cupcake kitorang k", Hye Mi dengan tone suaranya yang ceria.
Minho mengangguk. Dia melihat sekeliling stall, "Mana Seul Ki? Tak nampak pun?".
"Baik kau tanya Geunsuk hyung kau", Hye Mi menjawab sambil menolong Gwibin menyusun cupcake.
Minho hanya diam walaupun di dalam otaknya bermain pelbagai soalan.
"Oh ya, nanti datanglah di gerai kami", Minho mempelawa mereka berdua.
"Korang jual apa?", Hye Mi dengan perasaan ingin tahu.
"Kiss. 5,000won per kiss. Duit itu akan kami sumbangkan ke badan kebajikan", Minho menerangkan kepada mereka dengan wajah yang serius.
Mereka berdua memasang muka bia-betol-ni?.
"Kissers stall itu terdiri daripada aku semestinya.hehe. lepas tu, Jang Geun Suk, GD dan Moon Junyoung", Minho dengan mukanya yang penuh yakin.
Mereka berdua hanya terdiam. Senang benar mereka nak kiss strangers hanya dengan bayaran 5,000won.
"Oh nanti kami pergi kalau rasa gatal. Eh, salah, kalau kami free", Hye Mi memasang senyum palsu.
Minho hanya mengangguk dan terus pergi.
"Dasar gatal!", Gwibin terus membuka mulut setelah Minho pergi.
"Kenapa? Kau nak?", Hye Mi dengan matanya yang nakal melihat Gwibin.
"Tch. Tak lah. Aku takkan pergi stall diorang tu", Gwibin terus menyusun cupcake.
Hye Mi perasan, Gwibin berasa tidak selesa setelah mendengar "bisnes" geng JGS. Dia juga perasan mungkin Gwibin menyukai salah seorang daripada mereka.
"Satu cupcake kita jual 1,500won, okay?", Hye Mi hendak menyenangkan hati Gwibin dengan membuka topik tentang cupcake.
Gwibin hanya mengangguk.
"Kawan-kawan!!!!!!", Seul Ki dari jauh memekak sambil berlari ke arah stall mereka.
"Seul Ki!", Hye Mi berdiri di hadapan stall.
"Maaf maaf maaf! Aku tertidur di rumah Jang Geun Suk!", Seul Ki tunduk 45 degree berpuluh-puluh kali sehingga tidak terhitung.
Hye Mi senyum melihat gelagat kawannya yang sentiasa naif itu.
"Takpe, lain kali bgtau, buat orang risau je!", Hye Mi memesan kepada Seul Ki.
Seul Ki melihat Gwibin hanya diam dari tadi, tidak langsung memarahinya. Selalunya dialah paling suka membuli Seul Ki.
Seul Ki terus mengambil flyers dan pergi menyebarkannya di seluruh sekolah.
Di stall kiss...
"Tak sabar! Nak kiss kiss kiss... bbobbo bbobbo bbobbo... mmuah mmuah mmuahhhh", GD membuat mulut muncung sambil mengusik Minho.
Minho ketawa melihat GD. Hyung yang sangat tak matang.
"Tadi aku ada invite Hye Mi dan Gwibin datang ke sini", Minho membuat topik.
GD dan Junyoung melihat Minho dengan penuh minat.
"Di..diorang ada cakap nak datang?", Junyoung bertanya dengan penuh minat.
"Ntah lah. Mungkin tak. Mereka pun busy jual cupcake", Minho menjawab sambil melihat mukanya di dalam cermin.
"Jual cupcake?", GD berminat.
"Aku nak jalan-jalan dulu ya, lagipun jam baru pukul 8. Stall kita bukak pukul 10 kan", GD terus pergi dari situ.
Minho menggeleng kepala melihat hyungnya yang gatal itu.
"Minho, aku ada benda nak bincang dengan kau", Junyoung mengambil kesempatan untuk berbincang dengan Minho tanpa ada orang lain.
"Oh, apa dia hyung?", Minho angkat dari kerusi.
"Aku... aku sebenarnya dah lama kenal dengan Jang Mi", Junyoung terus direct to the point.
"Mwo?!", Minho semakin dekat dengan Junyoung.
"Aku kenal dia sebab dia kwn baik kepada 1st crush aku, Hwang Bu In", Junyoung terus membuka cerita.
"Jadi, nanti Bu In akan menjalankan majlis pertunangannya. Dia invite aku... dan GF aku. Aku tak tahu nak minta tolong siapa selain dari Jang Mi. Aku terpaksa suruh dia menyamar jadi GF aku, aku taknak kau salah faham..." Junyoung mengaru-garu kepalanya yang tak gatal.
"Hyung... Aku tak salah faham dan aku cuma kecil hati yang kau tak pernah bagitahu aku pasal kau dah lama kenal Jang Mi", Minho berasa sedikit kecil hati terhadap hyungnya itu.
"Maafkan aku", Junyoung tunduk 45 degree walaupun Minho lebih muda darinya.
Minho terus memeluk hyungnya itu.
Geunsuk datang dan melihat mereka berpeluk.
"Kenapa korang ni? Gay?", Geunsuk dengan muka selamba.
"Mana ada", Minho terus melepaskan pelukan.
"Dah ready untuk kiss?", Geunsuk bertanya sambil senyum.
Minho hanya senyum. Junyoung pula serba salah. Dia belum pernah kiss sesiapa di dalam hidupnya. First kiss idamannya adalah datang daripada Bu In. Tetapi dia tidak pernah ada peluang.
Thanks for reading!
Check out chapter 12.
An eyecandy for my readers.kekeke. Kim Dongjun(ZE:A) :-


"mengeliat dengan bersungguh-sungguh". epic sungguh ayat.
ReplyDeletewow ada komen.lol. siapakah kamu wahai anon? epic ka? mcm biasa jak ayat ya.lol
ReplyDelete-Admin kaka.