Monday, 23 May 2011
THE BAD BOYS [Chapter 2]
Jang Mi sedang menelaah pelajaran di perpustakaan. Jang Mi merupakan pelajar yang pintar dan dia datang dari keluarga yang kaya.
"Annyeong?", suara yang dalam menegurnya.
"Tolong pergi jauh dari sini. Aku nak belajar", Jang Mi menjawab tanpa menoleh.
"Kau memang sombong. Kau tak pernah layan aku dengan baik", kata lelaki itu tanpa segan silu.
"Minho, please. Aku tak suka kau dan aku taknak kau ganggu hidup aku lagi", Jang Mi menoleh ke arah Minho.
Minho yang nakal itu berada dekat dgn nya, sehinggakan nafas Jang Mi dapat menyentuh bibir Minho. Jang Mi terhenti seketika. Dia hampir tergoda, Minho semakin rapat dan semakin rapat dengannya.
"No!", Jang Mi terus menampar Minho dan terus pergi dari situ.
Minho mengosok-gosok pipinya yang ditampar oleh Jang Mi.
Minho merupakan bekas kekasih Jang Mi dan mereka bercinta selama 4 tahun sebelum berpisah. Mereka berpisah kerana Minho pernah curang terhadap Jang Mi. Perkara ini berlaku 2 tahun lepas. Minho masih menyayangi Jang Mi tetapi Jang Mi ego.
Rumah Agam JGS...
"Hyung, kau tadi lupa tanya nama perempuan tu!", kata GD, lelaki comel yang berambut blonde dan perwatakannya sangat ceria.
"Aish, chincha! Kenapa aku bodoh sangat? Harap berlagak cool je depan perempuan!", Geunsuk dengan nada menyesal dan marah.
"Seul Ki, Kim Seul Ki", tiba-tiba Junyoung, lelaki yang berwatak cool itu mencelah.
"Eung? Mana kau tau?", GD hairan.
"Dah tertulis kat student card dia", jawab Junyoung dengan selamba sambil minum air.
"Hmm, bijak betul engkau, Junyoung. Esok aku mesti cari dia!", Geunsuk dengan nada evil nya.
"Oh ya, mana Minho ni? Tak nampak dari tadi?", GD menoleh sekelilingnya, mencari.
"Tch, pabo ya. Minho pergi jumpa Jang Mi lah, apa lagi", Jawab Geunsuk dengan selamba.
"Oh ya, aku pergi dulu ya. Bulan depan ada Chuseok Championship jadi, aku harus pergi", Moon Junyoung, lelaki yang penuh adab sopan.
Moon Junyoung merupakan anak Gabenor Moon dan dia dibesarkan dengan penuh etika. Namun begitu,dia sangat memandang rendah orang kelas ke-3 (orang hidup susah). Dia tidak suka bercakap dengan orang kelas ke-3.
Keesokan harinya...
Ketiga-tiga rakan karib; Seul Ki, Hye Mi dan Gwibin menuju ke cafe.
Mereka sedang berbaris untuk membeli makanan. Setelah selesai membeli makanan,mereka bertiga duduk di sebuah meja di belakang sekali. Mereka makan sambil bercakap dan ketawa. Sehinggakan mereka tidak sedar geng JGS sedang memerhati gelagat mereka bertiga dari sebuah meja yang agak jauh dari meja mereka bertiga.
"Kawan dia sorang tu cute!", GD memecah suasana sepi di antara mereka.
"Tch", itu sahaja bunyi yang mampu dilakukan oleh Geunsuk.
"Junyoungie, kau tau nama perempuan yang rambut lurus tu tak?", tanya GD kepada Junyoung dengan penuh perasaan ingin tahu.
"Tak", Junyoung masih melihat gelagat salah seorang daripada mereka. Seorang yang makan dengan gelojoh, tanpa adab. "Aku paling benci perempuan yang takde adab terutamannya orang kelas bawahan".
Geunsuk dan GD hanya senyum. Minho pula hanya diam. Mereka sengaja tidak bertanya apa-apa kepada Minho kerana setiap kali dia berjumpa dengan Jang Mi, dia pasti berperangai begitu.
"Hyung, jum serang mereka!", GD dengan penuh confidence.
"Jum...", Geunsuk angkat dari kerusinya dan terus menuju ke arah meja Seul Ki.
Junyoung tidak mahu masuk campur tetapi apakan daya, Geunsuk dan GD agak bodoh dan suka bertindak melulu. Dia mencuba stakat yang mampu untuk memberhentikan perangai childish mereka berdua.
"Jang Geun Suk?", ketiga-tiga mereka serentak menyebut nama Geunsuk tatkala melihat Geunsuk dan geng nya menuju ke arah mereka.
Thanks for reading!
Check out Chapter 3.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


tgh mejin muka minho..grrr! oppa! *pelok gulin* ahahha
ReplyDeletesuka dgn minho duhal ktk tek. kekekeke
ReplyDelete-Admin Kaka.
sapa sik suka ngn minho ya..ktk pdh lok sapa?? ahahaa! :D
ReplyDelete