Friday, 27 May 2011

THE BAD BOYS [Chapter 12]


"Aku nak beli sepuluh!", GD menjerit di hadapan stall cupcake.

Gwibin ketawa melihat GD yang bodoh itu. Hye Mi pula membuat muka annoying.

"Kenapa ketawa? Aku serius, bagi aku 10 biji cupcake!", GD dengan muka serius.

Gwibin membungkus cupcake tersebut di dalam kotak cupcake.

"Kau lah pelanggan pertama kami", Gwibin memberi kotak cupcake tersebut kepada GD.

"Chincha?", GD dengan muka bangga sambil memberi duit. 

Gwibin hanya mengangguk kepala. "Oh ya, aku nak pergi ke tandas sebentar", Gwibin sengaja meninggalkan mereka berdua di stall. 

GD memerhati Gwibin yang semakin jauh, semakin jauh dan semakin jauh.

"Hi Hye Mi", GD memulakan perbualan.

"Nah", Hye Mi tiba-tiba memberi GD duit 10,000won kepada GD.

"Apa ni?", GD pura-pura tidak tahu.

"Duit kau lah! Aku taknak duit kau", Hye Mi kali ini menikam duit itu ke depan GD.

"Kalau taknak, kau guna je lah, pukul 10 nanti pergi stall kitorang kau boleh dapat 2 kiss. Hihi", kata GD dengan nakal dan terus pergi.

Hye Mi tergamam namun dia tersenyum setelah GD pergi. "Ada jugak manusia macam tu dalam dunia ni".

Seul Ki selesai menyebar flyers dand dia terjumpa Gwibin yang tengah berjalan menuju ke dalam bangunan berdekatan.

"Gwibin ah~", suara Seul Ki mengejut Gwibin.

Gwibin berhenti dan menoleh. Seul Ki menuju kearahnya, berlari-lari anak.

"Gwibin, kau pergi mana? Ikut!", Seul Ki membuat puppy eyes.

"Aku tak pergi mana-mana lah. Aku sengaja nak tinggalkan Hye Mi dengan GD berdua-duaan", Gwibin terus duduk di kerusi berdekatan.

"Oh. Tapi aku tengok GD dah balik ke stall dia", Seul Ki turut duduk di sebelah Gwibin.

"Ye ke? Kau nak pergi stall diorang ke nanti?", Gwibin bertanya sambil melihat jam telefon nya.

"Diorang jual apa sebenarnya? Macam takde barang je aku tengok", Seul Ki melihat stall JGS yang dapat di lihat dari jauh itu.

"Kiss", jawab Gwibin ringkas.

Seul Ki membesarkan matanya. Tak mungkin Gwibin bermain mahupun bergurau kerana dia nampak benar serius.

"Kau pergi tak?!", Gwibin masih lagi bertanya.

"Mungkin tak. Kenapa kau tanya? Kalau kau nak aku temankan...", Seul Ki tidak berani menghabiskan ayatnya setelah melihat Gwibin angkat dari kerusi.

"Aku nak ke tandas, kau pergi balik stall tolong Hye Mi", Gwibin terus meninggalkan Seul Ki.

Di stall kiss...
"Sedap jugak cupcake diorang ni", GD makan dengan penuh selera.

"Sapa yang buat cupcake ni?", Geunsuk juga makan dengan berselera sekali.

"Tak tau, mungkin Hye Mi atau Gwibin. Dekorasi pun cantik. Sayang betul rasa nak makan", GD masih lagi mengunyah cupcake.

Junyoung tidak makan cupcake dengan alasan dia sudah kenyang.

Di stall cupcake...
"Beli! Beli!", Seul Ki menjerit-jerit untuk mendapatkan perhatian.

Ada 2-3 pelajar berhenti untuk membeli cupcake mereka. 

"Eh, tu Gwibin dah datang", Seul Ki melambai-lambai Gwibin.

Gwibin hanya mengangkat kepala tanda membalas lambaian Seul Ki.

"Gwibin, jum kita buat sales, tak laku lah cupcake ni walaupun sedap", Seul Ki membuat lagak aegyo.

"Tch", Gwibin masih moody.

"Hai, cantik betul cupcake korang?", tiba-tiba pelajar bernama Lee Jun Ji datang.

"Ye... ye memang cantik", Seul Ki menjawab berserta dengan senyuman.

"Tapi sayangnya takde sales", Hye Mi memuncungkan mulut.

"Haaaa apa kata aku tolong korang buat sales, korang upah lah aku dengan cupcake.hehe", Lee Jun Ji tiba-tiba membuat offer.

"Tengok ye", Lee Jun Ji terus berdiri di hadapan stall.

"Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang!!! Mari beli cupcake! Cupcake sihat untuk tubuh badan anda! Mari beli mari beli! Rugi kalau tak beli!", Lee Jun Ji menjerit dengan note 3 octave dan hampir bergegar satu universiti.

Mereka bertiga tergamam begitu sahaja. Selepas itu, ramai pelajar menyerbu stall mereka. Lagipun Lee Jun Ji adalah pelajar popular universiti itu walaupun dia popular kerana selalu dihukum para pengajar.

"Unnie, thank you", ucap Gwibin. Dia berasa sedikit gembira setelah melihat orang ramai membeli cupcake.

Lee Jun Ji hanya senyum sambil makan cupcake sebagai upah.

Gwibin melihat jam handphonenya. 5 minit lagi nak pukul 10, bisik hatinya. Hye Mi perasan dengan perbuatan Gwibin. Dia hanya mendiamkan diri.

Di stall kiss...
"Ahhhh! Ramai betul orang kat stall kita ni. Dah start baris la pulak!", GD dengan penuh excited, tidak sabar hendak mencium mereka seorang demi seorang.

Junyoung duduk di tempatnya. Dia asyik memikirkan pelbagai benda. Di barisan junyoung sudah ada hampir 50 orang pelajar perempuan menunggu diri mereka dicium.

"Hyung, kau ok ke?", Minho bingung melihat Junyoung kelihatan seperti tidak bernyawa duduk di kerusinya.

Junyoung hanya mengangguk. 

Minho bergerak selangkah untuk pergi ke tempat duduknya, tiba-tiba ada sesuatu jatuh di belakangnya.

"Hyung!", Minho cepat-cepat menahan Junyoung. Junyoung pengsan.

Thanks for reading!
Check out Chapter 13.

No comments:

Post a Comment