Tuesday, 24 May 2011

THE BAD BOYS [Chapter 3]

sorry,bad editing.lol

"Kim Seul Ki?", Geunsuk memasang muka serius sambil bertanya.

Seul Ki menjawab dengan perlahan, "De... De?".

"Mana baju aku?", Geunsuk memandang Seul Ki dengan begitu tajam.

"Nah..", Seul Ki memberi baju Geunsuk yang di bungkus rapi dengan beg kertas bercorak.

GD dan Geunsuk ketawa terbahak-bahak.

"Kau suka dia ke?", GD bertanya dengan Seul Ki sambil menunjuk Geunsik.

"Yah, aku bukannya kekasih kau, kenapa nak bagi dlm beg kertas mcm ni?", Geunsik tersengih.

"Yah Jang Geun Suk. Stop playing around. She is not even interested in you", tiba-tiba Gwibin angkat dan bercakap dalam bahasa English.

Geunsuk tidak faham bahasa English.

"Mwo?", Geunsuk membesarkan matanya dan melihat Gwibin.

"Just take your stuff and we'll just leave", Gwibin terus memegang tangan Seul Ki dan terus beredar.

"Apa dia cakap tadi, Junyoung?", Geunsuk bertanya kepada Junyoung yang merupakan bekas pelajar luar negara.

"Takda apa-apa. Dia cakap diorang ada kelas, nak pergi cepat", Junyoung tidak mahu memberitahu perkara sebenar kerana Geunsuk suka melakukan perkara yang bukan-bukan.

Keesokan harinya, hari sabtu...
Gwibin berlari kearah kawan-kawannya yang sedang duduk di ruang tamu.

"Hye Mi, Seul Ki, aku akan pergi ke blind date malam ni!", Gwibin sangat teruja kerana dia tidak pernah bercinta selama ini.

"Chincha? Sapa lelaki tu?", Hye Mi turut teruja.

"Tak kenal. Nama dia Moon Junyoung". Gwibin senyum.

"Macam pernah dengar je lah nama tu tapi... ", Seul Ki tidak menghabiskan ayatnya kerana dia tidak kenal siapa lelaki bernama Moon Junyoung.

"Sapa yang kenalkan korang berdua?", Hye Mi merancakkan perbualan.

"Sepupu aku, Subin. Diorang rakan di Cyworld", Gwibin membaringkan kepalanya di paha Hye Mi yang tengah duduk di sofa. "Hye Mi ah~ tolong siapkan aku. Aku taknak 1st blind date aku teruk. Kau kan banyak pengalaman".

Hye Mi hanya senyum dan menganggukkan kepala.

Gwibin menunggu di luar panggung wayang. Mereka akan menonton wayang.

"Nervous, nervous. A guy in black jacket.. where are you?", Gwibin bercakap sendiri.

"Are you looking for me?!", Junyoung menerpa dari belakang kerana dia terdengar Gwibin mencari lelaki memakai jaket hitam. Tambahan pula date nya menyatakan akan memakai gaun pendek putih di dlm sistem pesanan ringkas.

"Mwo? Kau Moon Junyoung?!" Gwibin terkejut.

"Kau Park Gwibin? Tch! Malang nya nasib aku!", Junyoung marah tetapi suaranya perlahan.

"Kalau aku tau Moon Jun Young tu kau pasti aku takkan datang!", Gwibin menjeling Junyoung.

"Kau ingat aku nak sangat ke dengan kau? Menyusahkan", Junyoung membalas jelingannya.

"Ok, aku nak balik sekarang. Kau pergilah tengok wayang sorang!", Gwibin terus pergi.

"Bagus... Bagus! Pergilah sekarang dan jangan muncul depan mata aku lagi!", jerit Junyoung.

Gwibin berjalan sambil menutup telinga dengan harapan tidak mahu mendengar suara Junyoung. "Lelaki jahanam! Ingat bagus sangat ke?", bisik nya.

Junyoung melihat Gwibin pergi dengan perasan meluat. "Tch, perempuan yang takde manners ada hati. Hmm baik aku balik".

Junyoung menuju ke arah keretanya, tiba-tiba terdengar jeritan seorang perempuan.
"Annnnnnnnndwaeeeeeeee!".

Moon Junyoung terlihat seorang perempuan memakai dress putih sedang di kelilingi dua orang lelaki. Junyoung sebagai seorang gentleman terus menerpa ke arah kedua lelaki tersebut dan terus membelasah mereka berdua.

"Gwenchanayo?", Junyoung menolong Gwibin angkat dari terjatuh ketika diganggu dua lelaki itu tadi.

Gwibin hanya diam.

"Lain kali jangan pakai pakaian sexy, terutama di waktu malam", Junyoung mengambil tas tangan Gwibin yang jatuh di tempat kejadian.

"Thanks", Gwibin perlahan memberitahu Junyoung.

Di dalam kereta... keadaan agak sunyi. Mereka berdua bagaikan musuh. Sekali sekala terdengar bunyi Junyoung mengeluh.

Ini sudah termasuk kali ke-5 dia mengeluh.

"Yah, kenapa kau asyik mengeluh je? Menjengkelkan!", Gwibin tidak tahan dengan keluhan Junyoung.

"Wae? Aku sekarang tertekan bersama dengan kau. Semestinya aku mengeluh!", Junyoung menjawab tanpa melihat muka Gwibin.

"Berhenti sekarang!", Gwibin dengan tona marah.

Junyoung memberhentikan kereta. Gwibin terus keluar dari kereta Junyoung dan terus duduk di gerai tepi jalanan.

"Aish chincha this girl only gave me troubles!", Junyoung bercakap sendirian sambil mengejar Gwibin.

thanks for reading!
check for the next chapter!
















uri baby.
moon junyoung + gwibin = moon mason <3

No comments:

Post a Comment