Wednesday, 25 May 2011
THE BAD BOYS [Chapter 7]
"Minho!", suara Ji Eun memanggil Minho yang sedang berlatih di padang kampus.
Minho menoleh. Ji Eun melambai-lambai tangannya memanggil Minho. Minho menuju ke arah Ji Eun.
"Noona", Minho memberi respon kepada Ji Eun dengan nada rendah.
Ji Eun senyum. "Kenapa awak tak call saya lagi?", Ji Eun bertanya dengan penuh gedik.
Minho rasa hendak lari tetapi dia tidak mahu mengecilkan hati Ji Eun. "Maaf, saya busy", Minho terus tunduk 45 degree meminta maaf.
"Gwenchanayo", Ji Eun terus memeluk lengan Minho. "Jum, duduk dekat kerusi sekejap".
Minho hanya menuruti Ji Eun.
Mereka pun duduk sambil bercakap tentang khabar masing-masing. Jang Mi memerhati mereka dari jauh. Jang Mi sebenarnya hendak menuju ke tempat parking kereta tetapi dia terlihat Minho dan dia terus memerhati Minho dari awal sehingga Ji Eun pergi memanggil Minho.
"Jang Mi sshi", Junyoung menegur Jang Mi yang sedang berdiri di sebalik dinding memerhati Minho dan Ji Eun.
Jang Mi dan Junyoung duduk bersama di belakang bangunan perpustakaan, tidak jauh dari padang kampus.
"Bercinta sakitkan?", Junyoung membuka tajuk.
Jang Mi hanya senyum dan mengangguk.
"Awak masih ada perasaan terhadap Minho kan?", Junyoung bertanya kepada Jang Mi sambil memerhati muka Jang Mi dari tepi.
Jang Mi kali ini mengangguk dengan perlahan.
"Baguslah". Junyoung meluruskan tangannya kebelakang dan melihat awan.
"Junyoung, awak masih menyukai Bu In?", Jang Mi bertanya tentang kawan rapat nya ketika sekolah menengah dahulu.
"Bu In? Cukup lah saya menyukainya selama 5 tahun. Dia tak pernah beri perhatian terhadap saya", Junyoung menjawab dengan senyuman.
"Baguslah, sekarang dia dah bertunang dengan Seungho sunbae", Jang Mi memberitahu Junyoung kenyataan yang menyakitkan hati Junyoung.
Junyoung hanya senyum tetapi di dalam hatinya, tiada siapa yang tahu.
Junyoung tunduk dan tangannya cuba mencabut-cabut benang seluar nya.
Jang Mi perasan Junyoung tengah sakit hati dan dia minta untuk beredar.
Junyoung terus mengalir air mata setelah Jang Mi beredar. Dia sedih. Dia MASIH menyukai Bu In. Sejak sekolah dan hingga kini. Mereka hanya berinteraksi di dalam kelas dan mereka juga sama-sama menyertai sukan sekolah.
GD tiba-tiba terlihat Junyoung menangis di belakang bangunan. Dia baru sahaja ada niat hendak melakukan kejahatan di kampus, kencing di dinding bangunan perpustakaan dan nampaknya, niat jahatnya tidak menjadi.
"Junyoungie... Kenapa kau ni?", GD bertanya dengan nada serius.
Junyoung cepat-cepat mengelap air matanya. "Takde apa, aku cuma rindu nenek aku kat Hongdae. Agaknya sihat ke tak dia kat sana?", Junyoung menipu. Tidak mahu kedapatan. kerana kawan-kawannya yang lain tidak tahu tentang kewujudan Hwang Bu In, first crush nya.
"Biar benar kau ni, Hongdae tu 40 minit je dari Seoul, nak rindu apa nama nye? Kalau kau cakap rindu mak bapak kau yang kat US tu aku boleh terima lah", GD meleteri Junyoung.
Junyoung hanya ketawa kecil. GD sentiasa membuat lawak ketika mereka didalam kesedihan. Pernah juga dia berpakaian seperti perempuan untuk menghiburkan hati mereka ketika mereka kalah dalam sukan terpenting kampus pada semester lepas.
"Hyung, saranghaeyo~", Junyoung memeluk GD.
"Yah!", GD pura-pura marah tetapi menahan ketawa kerana malu. Hihi.
Mereka berempat berada di padang. Junyoung dan Minho bersedia untuk mengajar JGS cara-cara untuk lompat tinggi. GD pula datang untuk mengambil gambar JGS yang sedang berlatih. Niatnya adalah untuk mentertawakan gambar-gambar JGS, mana tahu ada shot muka yang lawak-lawak.
JGS berlatih bersungguh-sungguh sehinggakan pelbagai cara melompat sudah di cubanya. Mereka hanya ketawa melihat hyung mereka sangat bersungguh-sungguh berlatih tetapi asyik-asyik gagal.
Malamnya, di rumah JGS...
"AH! Sakitnya belakang!", Geunsuk menjerit.
"Dah give up?", Junyoung bertanya berserta dengan harapan hyungnya itu akan give up.
"No, no, no", Geunsuk berkeras ingin berusaha berserta dengan jari telunjuknya diangkat tanda NO.
"Aish chincha~", kedua-dua Junyoung dan Minho mengeluh.
JGS hanya senyum setelah "merampas" masa berlatih mereka berdua.
Di asrama perempuan...
"Eh, sapa punya coklat ni? Nak sikit!", Seul Ki hampir membuka coklat pemberian GD kepada Hye Mi.
Hye Mi terus berlari ke dapur.
"Aku punya lah! Aku yang nak jadi orang pertama bukak coklat ni", Hye Mi memuncungkan mulut.
"Tch", itu sahaja respon Seul Ki.
"Eh?", mereka berdua serentak, terkejut.
"Kau menang peraduan ke? Kenapa dalam kertas coklat ni ada duit? 10, 000won?", Seul Ki hairan melihat duit note 10,000 won diselit di dalam kertas coklat itu.
"Chincha! Si rambut blonde punya pasal lah ni!", Hye Mi tiba-tiba meninggikan suara.
"Rambut blonde?", Seul Ki tertanya-tanya.
Gwibin terdengar suara bising Hye Mi pun turut ke dapur.
"Kenapa ni?", Gwibin menguap sambil mengeliat dihadapan mereka.
"Si rambut blonde tu selit balik duit aku kat coklat ni!", Hye Mi masih lagi dengan nada tingginya.
"GD? Kawan Jang Geun Suk?", Gwibin bertanya dengan muka selamba.
"GD? Tu ke nama dia? Dia lah orang nya!", Hye Mi geram.
"Aik, macam mana dia boleh letak duit kau kat sini?", tanya Seul Ki sambil membelek-belek kertas coklat.
"Tadi dia menjatuhkan coklat-coklat dalam mart. Aku ada kat tempat kejadian so dia nak cover malu, dia bagi aku coklat yang dia jatuhkan. Aku suruh dia bayar dulu sebelum bagi kat aku. Jadi, dia ikut aku bayar di kaunter, tiba-tiba masa aku nak bayar, dia bagi duit kat cashier. Aku tak nak lah menyusahkan dia so aku bagi duit ni letak dalam poket seluar nya dan..." Hye Mi dengan bersungguh-sungguh bercerita dan sebelum ceritanya habis Gwibin memotong.
"Tadi dia bersungguh-sungguh cari kau kat dalam mart". Gwibin bercakap sambil memotong bar coklat dan terus ngap masuk mulut.
"Ye lah, tadi dia pun ada jumpa aku dan cari kau", kali ini Seul Ki menyambut coklat di tangan Gwibin dan motong bar coklat itu untuk di masukkan ke dalam mulut.
Hye Mi hanya memerhati mereka berdua memakan coklatnya.
"Yah! Ini aku punya lah!", Hye Mi terus merampas coklat nya dari tangan Seul Ki dan terus pergi ke bilik tidur.
"Takpe, makan 2-3 bar pun cukup lah", Gwibin menenangkan Seul Ki yang gila makan coklat itu.
Thanks for reading!
Check for chapter 8.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


cerita polah ko nang da jak paloi2 tp lawak.
ReplyDeleteberani ko anok cerita aku. *marah and backspace semua yg di update*
ReplyDelete-Admin Kaka.