Tuesday, 24 May 2011

YOU ARE MY MUSIC [CHAPTER 1]

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Tercsiptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu
Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku

By: joey


KRINGGGG!!!!!!!

Bunyi loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. Semua pelajar mula keluar dari kelas masing-masing dan berpusu-pusu menuju ke kantin. Inilah masa untuk para pelajar merehatkan minda setelah berjam-jam menuntut ilmu di dalam kelas tanpa henti. Tetapi lain pula bagi Seulki, Gwibin, Hyemi dan Jangmi. Waktu rehat lah waktu yang amat sibuk untuk mereka.

Empat sekawan ini aktif di dalam Persatuan Seni Muzik di sekolah. Mereka harus on-air setiap kali waktu rehat, menjadi DJ, dan memainkan lagu-lagu sebagai santapan para pelajar ketika menikmati hidangan di waktu rehat. Itulah tugas mereka setiap hari di sekolah. Studio muzik mereka ibarat pejabat mereka di sekolah.

“… dan lagu seterusnya dari Wheesung, Words that Freeze My Heart. Harap panda semua terhibur dan selamat menjamu selera!” Suara Jangmi yang ceria kedengaran di setiap sudut sekolah. Hari ini, Jangmi dan Gwibin bertugas menjadi DJ. Seulki dan Hyemi turut berada di studio untuk membantu mereka.

“Jom makan cepat. Aku tak sempat beli burger tadi, dah habis. Makan je popia ni,” ujar Hyemi. Ketika lagu sedang ke udara adalah masa untuk mereka menjamu selera. Mereka kelihatan sungguh berselera makan bersama di dalam studio. Tetapi, Seulki pula sedang sibuk menulis.

“Seulki ah~ jom lah makan. Tak habis lagi ke lirik kau tu?” soal Gwibin dengan mulutnya yang penuh. Hyemi pantas memukul bahu Gwibin.

“Woi! Kalau makan jangan cakap. Kan dah tekeluar sisa popia tu,” nasihat Hyemi.

“Kau ni. Sepatutnya kau marahkan si Seulki tu yang tak makan. Kang makanan ni habis aku yang bedal. Aish~”.

“Alaa, biarlah. Dia kenyang dengan lirik tu. Lirik tu kan makanan dia..macam tak tau je kau ni”.

Jangmi terus mengambil dua biji popia dan meletakkan di dalam sebuah plastik. “Korang ni, ni aku simpan untuk seulki. Kalau korang makan, siap!” tegas Jangmi.

Seulki pula kelihatan tidak peduli dengan perbualan tiga rakannya. Dahinya berkerut-kerut mencari ilham, jarinya kelihatan sibuk menulis-nulis. Itulah hobi Seulki. Dia memang gemar menulis lirik kerana dia amat cintakan bahasa yang indah-indah. Kadang-kadang, gaya percakapannya pun terlalu banyak dipengaruhi dengan bahasa sastera sampai kawan-kawannya tertawa geli hati mendengar. ‘Macam A. Samad Said pulak kau ni,’ ujar Hyemi suatu ketika dahulu.

“Mana Minho?” soal Gwibin. Jangmi rasa tersentap dengar nama itu disebut. Minho adalah kekasih hatinya, senior mereka di sekolah. Selalunya, Minho akan lepak di dalam studio itu juga pada waktu rehat. Tetapi hari ni batang hidung dia pun tak nampak.

“Malas aku nak sibuk hal dia lagi,” jawab Jangmi.

“Kenapa? Gaduh?” soal Gwibin. Hyemi di sebelah Gwibin sedang berselera mengunyah makanan.

“Malam tadi kitorang gaduh. Dia tu main basketball sampai tengah malam. Naik risau aku dibuatnya”.

“Hahaha.. kes merajuk la ni”. Gwibin tertawa kecil. Ini bukan baru sekali Jangmi dan Minho bergaduh kerana basketball. Oleh kerana Minho terlalu mencintai sukan dan basketball, kadang-kadang dia melebihkan semua itu dari kekasihnya sendiri.

“Suruh Minho kahwin dengan bola tu je Jangmi,” sampuk Seulki.

“Tu la.. kalau takde aku pun takpe kot bagi dia. Asalkan ade bola keranjang. Aku ni macam takde makna pulak”.

“Laa.. rilekla geng. Orang laki memang macam tu beb. Tapi perempuan tetap no 1 bagi diorang,” nasihat Hyemi sambil menepuk bahu Jangmi. Hyemi agak kasar orangnya, tapi hatinya baik dan dia amat sayangkan kawan-kawannya.

“Semalaman terkenangkan dirimu, mengalir airmata ku membasahi pipi. Mengapa kau sanggup membuatku begini, sedangkan kau tahu perasaan ini..” Seulki mula mengeluarkan bahasa jiwangnya lalu rakan-rakannya memandangnya dengan pandangan annoying.

“Baik kau makan sekarang, kalau tak aku sumbat dalam mulut kau,” ugut Gwibin.

“Yelah nak makan ni. Dah siap pun lirik aku ni..” Seulki tersengih-sengih lalu meletakkan kertas yang mengandungi lirik itu pada sebuah rak. 

~END OF CHAPTER 1. I'LL BE BACK!~


2 comments:

  1. i really wish i could read this :(

    ReplyDelete
  2. i will help u to translate this in EN.

    - Admin 가가 @gwibinpark

    ReplyDelete