Friday, 27 May 2011

THE BAD BOYS [Chapter 10]

sorry lambat update. kekeke

Geunsuk terlihat Seul Ki yang sedang duduk di tepi jalan sambil menjemur novel yang yang basah itu.

Geunsuk menghembus nafas dengan kuat, akhirnya dia berjaya menemui Seul Ki.

"Ikut aku," Geunsuk menarik tangan Seul Ki dan membawanya masuk ke dalam kereta. Tangan kiri nya sempat mengambil novel yang basah itu.

Geunsuk membawa Seul Ki ke rumahnya. Geunsuk terus membuka pintu Seul Ki dan menariknya sehingga masuk ke dalam rumah. Seul Ki tergamam sebentar melihat rumah agam Geunsuk. "Tunggu di sini", Geunsuk mendudukkan Seul Ki di sofa. 

5 minit kemudian Geunsuk keluar membawa pengering rambut. Dia terus memasang pengering rambut dan mengering helaian muka surat novel itu satu persatu.

Seul Ki hanya diam melihat Novelnya dikeringkan oleh Geunsuk.

"Kau tu lembap sangat, Buat apa kering kat matahari, mana nak kering, atau kau takde pengering rambut?", Geunsuk sempat menyakiti hati Seul Ki.

Seul Ki hanya diam. Dia tidak ada mood hendak bercakap.

Di padang...
"Ahhhhh, kenapa Geunsuk hyung risau sangat pasal Seul Ki?", tanya GD kepada mereka berlima yang ada di padang.

Minho hanya diam, sebenarnya dia sudah memberitahu kepada Geunsuk tentang latar belakang Seul Ki sebelum mereka pergi ke padang. Yang lain pula hanya sibuk stretching. 

Mereka menjalankan latihan seperti biasa pada petang itu. GD pula mengambil gambar. Dia banyak mengambil gambar Hye Mi, dalam diam. Gwibin perasan dengan tindakan GD tetapi dia hanya diam. Pada masa yang sama, dia agak risaukan Junyoung. Junyoung nampak seperti moody, mungkinkah Junyoung benci dengan kehadirannya?

Jam sudah menunjukkan jam 6PM, mereka masing-masing pergi ke bilik loker untuk mandi dan menukar pakaian. Geunsuk pula tidak datang menjalani latihan pada petang itu. Gwibin sengaja berjalan di belakang sekali antara mereka. Kebetulan juga GD berada di hadapannya sambil melihat gambar-gambar di dalam camera.

Gwibin menarik lengan GD dan membawa nya ke luar bilik loker.

"Kau curi-curi ambik gambar Hye Mi ye???", Gwibin mengusik GD.

GD terkedu. Dia terus menyembunyi camera nya di belakangnya.

"Kalau kau taknak aku bagitau Hye Mi, kau kena tolong aku dulu", Gwibin memberi offer kepada GD.

"Kau nak apa?", GD bertanya dengan suara perlahan.

"Moon Junyoung ada cakap apa-apa tak pasal aku?", Gwibin bertanya, perasaan ingin tahunya meluap-luap.

GD menggeleng kepala.
"Kenapa pulak dia nak cerita pasal kau? Kau suka dia ke?", GD bertanya kembali kepada Gwibin.

"Eeee tak. Sebab aku tengok dia moody je, mana tau pasal aku kat mart hari tu ganggu dia", Gwibin menjelaskan kepada GD.

"Ohhh pasal tu, dia tengah sedih tu, rindu kat seseorang. K lah aku nak mandi. Kau taknak mandik ke?", GD terus jalan meninggalkan Gwibin. Gwibin mengikut GD dari belakang untuk ke bilik loker.

Tiba-tiba GD menoleh belakang, "Oh ya, kalau kau suka dia, kau bagitau je lah sebab aku rasa dia suka kau". 

Gwibin terkejut. Benarkah Junyoung suka dengan nya?

Di rumah agam JGS...
"Fuh, akhirnya habis jugak!", Geunsuk senyum melihat kerja mengering novel sudah habis.

Seul Ki pula tertidur di sofa rumahnya. Geunsuk mengambil selimut untuk menyelimuti Seul Ki. Dia tidak sampai hati membangunkan Seul Ki kerana Seul Ki nampak penat menangis seharian.

Di dorm perempuan...
"Aishhhhhhh, sakit belakang aku", Gwibin mengeliat sambil menghias cupcake.

"Sabar je lah. Tuan punya idea ni tak balik-balik lagi. Dah lah esok nak jual", Hye Mi membebel di dapur sambil membuat cupcake.

Gwibin mengangguk-angguk kepala tanda setuju.

Tiba-tiba handphone Gwibin berbunyi. "Eh, nombor siapa ni?".

"Hello?".

"Gwibin. Ni Jang Geun Suk".

"Ha? Kenapa kau call? Mana kau dapat no telefon?".

"Aku mintak dari boyfriend kau lah, Junyoung. Aku nak bagitau ni Kim Seul Ki tidur kat rumah aku malam ni. Dia penat hari ni. Jangan risau, aku takkan apa-apakan dia".

Tutt tutt tutt...
Talian putus.

"Sapa tu?", Hye Mi bertanya sambil memakan cupcake yang sudah siap.

"Jang Geun Suk. Dia bagitau Seul Ki tidur kat rumah dia". Gwibin masih tidak percaya dengan apa yang di dengarinya sebentar tadi.

"Mwo?!", Hye Mi, agresif seperti biasa.

"Haisshh Seul Ki ni. Besok kita jar dia tu!", Gwibin geram tanpa memahami perasaan Seul Ki. Hye Mi pula angguk setuju.

*memang kejam mereka berdua ni*

Thanks for reading!
check out for chapter 11.



2 comments:

  1. ka.. ngakuk laa cepat2 kita suka Junyoung... hahahaha.. jgn melepas.. lol

    -aimi-

    ReplyDelete
  2. lambat cta ktk.nang nya dh ngakuk ska junyoung.
    ㅋㅋㅋ 파보야.

    -Admin 가가.

    ReplyDelete