Friday, 27 May 2011

THE BAD BOYS [Chapter 14]


Di stall cupcake...
Seul Ki menjaga bahagian depan stall manakala Gwibin dan Hye Mi duduk berehat di belakang stall. Hye Mi bermain gitar dan Gwibin pula menyanyi dengan suaranya yang buruk itu.

"Hmm, kau lupa bawak balik ni", Geunsuk tiba-tiba muncul sambil menunjuk novel "Khuntoria" kepada Seul Ki.

Seul Ki cepat-cepat mengambil novel itu dan meletakkannya kedalam beg.

"Terima kasih", Seul Ki mengucap terima kasih kerana menolong mengeringkan novel.

"Itu salah aku jugak", Geunsuk dengan wajah tiada ekspresi dan melihat tempat lain.

"Nah", Seul Ki memberi sebiji cupcake kepada Geunsuk.

Geunsuk mengambilnya dan terus makan. Setelah habis makan dia membuka mulut.

"Haishhh bising betul diorang berdua tu kat belakang!", Geunsuk sengaja membesarkan suara supaya mereka berdua terdengar dan diam.

Bunyi gitar dan nyanyian pun berhenti.

Hye Mi meletakkan gitarnya di bawah. Dia kini duduk dekat dengan Gwibin.

"Junyoung tak jadi kisser lagi kat stall diorang", Hye Mi bercakap dengan Gwibin dengan suara yang agak perlahan supaya Geunsuk tidak mendengar perbualan mereka.

"Betul ke?", Gwibin terus senyum.

"Gwibin ah~ kau tak perlu bersembunyi lagi daripada aku. Aku dah lama dah kenal kau", Hye Mi cuba mengorek rahsia.

"Sembunyi?", Gwibin pura-pura tak tahu.

"Kau suka Junyoung kan?", Hye Mi direct to the point.

"Tak", Gwibin menjawab dengan tidak ikhlas.

"Aku tahu lah kau suka kat dia, aku perasan selama ni kau suka kat dia", Hye Mi yang sentiasa memerhati gerak geri kwnnya itu.

Gwibin perlahan-lahan mengangguk kepala.

Hye Mi senyum. Dia sentiasa dapat mengorek rahsia.

Jang Mi keluar dari kereta nya. Dia hendak melawat keadaan sekolah pada Faculty Open Day.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

"Hello".


"Jang Mi ah~ aku ni, Bu In!".


"Oh Bu In unnie! Kenapa call ni?".


"Aku lupa nak bagitahu kau, jangan lupa bawak Minho sekali! Ini adalah kali terakhir aku jumpa kau dan Minho sebelum aku pindah ke Italy!".


"Aaaa.. ya. Ok unnie".


"Thanks. Bye Jang Mi. Saranghae!". Talian terus putus.

Jang Mi tidak pernah memberitahu tentang hubungan dia dan Minho sudah putus. Dia malu untuk memberitahu kerana Bu In sangat suka mentertawakan orang.

Jang Mi berjalan menuju ke pintu masuk universiti. Tiba-tiba dia terjumpa Junyoung.

"Oh Junyoung". Jang Mi melambai-lambai Junyoung.

"Jang Mi", Junyoung senyum.

"Tak bukak stall ke korang?", Jang Mi pura-pura bertanya tapi padahal dia sebenarnya nak mencari Minho.

"Bukak. Jang Mi, aku nak bagitau sesuatu", Junyoung pergi lebih dekat dengan Jang Mi.

Jang Mi hanya terdiam.

"Jadi girlfriend aku untuk malam esok, please???", Junyoung merayu.

"Mwo? Junyoungie, aku tak dapat sebab I'm going with Minho", kata-kata Jang Mi meruntuhkan semangat Junyoung.

"Oh, takpa. Aku pergi dulu", Junyoung terus pergi.

Dia duduk di dalam keretanya. Menenangkan fikiran. Sekarang ini makin banyak perkara bermain difikirannya.

Hye Mi dan Gwibin semakin rancak bermain gitar dan Geunsuk semakin gila. Dia sukar untuk bercakap dengan Seul Ki kerana mereka berdua terlalu bising.

Seul Ki perasan Geunsuk berasa tidak selesa. Geunsuk juga merupakan customer. Bagaimana customer nak beli cupcake kalau peniaga asyik buat bising? Bisik hati Seul Ki.

"Gwibin, kau jaga stall, aku nak pergi ambik cupcake kat dalam kereta". Seul Ki mencari alasan supaya Gwibin duduk di depan dan tidak akan melalak tak tentu pasal lagi.

"Eh, kau jaga je stall, biar aku yang ambik", Gwibin melihat Geunsuk berdiri di depan stall mereka dan dia mahu membiarkan Geunsuk dan Seul Ki bersama.

Gwibin berjalan ke kereta dan alangkah terkejutnya dia melihat tayar kereta pancit.

"Haishh chincha! Macam mana boleh jadi macam ni!", Gwibin menghentak-hentakkan kaki dan bising-bising seperti orang gila memarahi orang yang melakukan kerja jahat itu.

Dia terus mengeluarkan tayar spare dan membuka tayar yang pancit itu. Membuka tayar itu agak susah dan dia menghadapi kesukaran.

"Do you need help?", suara yang dikenali.

"Moon Junyoung?", Gwibin terkejut. Dia terus mengatur rambutnya.

Junyoung terus menolong Gwibin membuka tayar kereta yang pancit itu.

"Bagi sini tayar baru", Junyoung dengan tenang meminta tayar baru daripada Gwibin untuk di pasang. Gwibin hanya menurut kata Junyoung.

"Dah, selesai", Junyoung mengelap tangannya yang kotor dengan sapu tangannya.

"Oh ya, kau belum bagi lagu 5,000won aku", Junyoung tiba-tiba menagih hutang.

"5,000won?", Gwibin hairan.

"5,000won untuk satu kiss, tak tahu berapa banyak kau kiss aku semasa aku tak sedar", Junyoung mengusik Gwibin.

Muka Gwibin merah. Dia terus mengambil cupcake dan pergi dari Junyoung.

Geunsuk membelek-belek handphone Seul Ki yang ada di atas meja.

"Buruknya handphone", Geunsuk tersengih.

"Jangan pulak kau nak basahkan tu pulak", sindir Seul Ki dengan suara perlahan.

Geunsuk melihat Seul Ki sesaat sambil matanya menaip sesuatu di handphone.

"Nah", Geunsuk mengembalikan handphone Seul Ki dan terus pergi.

Thanks for reading!
Sorry for spazzing to much about JUNBIN couple (Junyoung+Gwibin).
Check out Chapter 15 XDD

2 comments:

  1. "Buruknya handphone", Geunsuk tersengih.

    ahaha. jaik ehh knk anok gya. lol

    -aimi-

    ReplyDelete
  2. lol. niru adegan crita "He Was Cool". haha.
    byk glak cta pasangan JUNBIN (junyoung + gwibin).

    kmk mk spazz YoungMi couple n GeunKi couple juakkkk!

    -Admin 가가.

    ReplyDelete