Wednesday, 25 May 2011

THE BAD BOYS [Chapter 6]

"Tepung gandum... tepung jagung... tepung penaik... pewarna... Jang Geun Suk?!", Seul Ki terkejut melihat kelibat Geunsuk dan GD berdiri sebelah nya.

"Tch. Asyik jumpa kau je", Geunsuk dengan muka seriusnya.

"Hey, mana kawan kau???", GD tiba-tiba menyampuk dari belakang Geunsuk.

"Kawan? Mereka ada di merata-rata tempat, eh maksud aku, kami split in 3 nak cari barang untuk buat barang", Seul Ki menjawab dengan perlahan.

"Hyung, aku jalan-jalan dulu ye, bye", GD terus berlari pergi ke tempat lain.

"Yah!", Geunsuk memanggil GD tetapi Gd seakan-akan tidak mendengar.

Seul Ki terus mencari barang tanpa mempedulikan Geunsuk.

Geunsuk mengikut belakang Seul Ki dimana sahaja Seul Ki pergi.

"Yah! Kau takde tempat lain ke nak pergi?", Seul Ki tidak selesa dengan kehadiran Geunsuk.

"Aku tak tahu jalan dalam mart ni. Mart ni besar tau tak? Besar! Kau tau apa itu besar?", kata Geunsuk sambil membuka tangannya untuk membuat bentuk besar.

"Gila". Seul Ki tidak mengendahkan Geunsuk.

Geunsuk memuncungkan bibirnya dan terus mengikut Seul Ki.

GD pula mencari-cari kelibat kawan Seul Ki. Dia mencari di satu persatu tempat di dalam mart. Tetapi Gwibin pulak yang ditemuinya.

"Hello". suara GD dari arah belakang Gwibin.

"Omo!", Gwibin terkejut dan kertas cupcake terjatuh dari tangannya.

"Sorry". GD mengangkat tangan kanannya menandakan sorry.

"Apa kau buat kat sini?", Gwibin bertanya.

"Mana kawan kau selain daripada Seul Ki?", GD terus bertanya tanpa menjawab soalan Gwibin.

"Hye Mi?", Gwibin mengerutkan dahi.

"Hye Mi ke nama dia?", GD senyum. "Mana dia?" GD masih bertanya.

"Mungkin dia kat tempat beli gula kot. Eh, Seul Ki dekat tempat gula, mungkin dia di tempat barang basah seperti butter, eh tak ingat lah!", Gwibin pening. "Lagipun, kenapa kau cari dia?", Gwibin hairan GD mencari Hye Mi.

"Takde apa. Ah, orang belakang kau kirim salam!", GD terus lari dan dia hilang sekelip mata.

"Belakang?", Gwibin menoleh belakang. "Aish, Moon Junyoung?".

Junyoung menuju kearah Gwibin sambil kedua belah tangannya diletakkan didalam poket seluar. Mukanya juga tiada ekspresi.

"Thank you for last night", Kata Junyoung tanpa memberhentikan kakinya dan terus berjalan pergi kehadapan.

Gwibin senyum dan mengejar Junyoung.

"Yah! Aku ada sesuatu nak tunjuk dengan kau", Gwibin mengambil perhatian Junyoung.

Junyoung berhenti. Dia menoleh Gwibin secara perlahan.

"Cute tak?", Gwibin menunjukkan gambar di screen handphone nya, Gambar Junyoung yang tertidur ketika mabuk.

Junyoung membesarkan mata dan cuba untuk mendapatkan handphone Gwibin. Gambar Junyoung yang tertidur di atas meja. Pasti malu jika orang melihat gambar tu bisik hatinya.

Gwibin berlari dengan cepat di seluruh mart itu. Gwibin sangat laju kerana dia seorang atlit larian. Jokwon pun tidak lari selajunya. Mereka menjadikan mart itu seperti tempat bermain. Pekerja hanya mengeleng-geleng kepala.

GD masih lagi mencari.
"Macam ular ke perempuan ni, susah nak cari", GD mengomel-ngomel seorang diri.

"Oh, Jackpot!", kata GD ketika melihat kelibat Hye Mi. "Aku nak pura-pura yang aku tak nampak dia. Hihihi", GD terus menuju ke arah Hye Mi yang sedang berusaha mencari bahan yang di cari.

GD perlahan-lahan undur kebelakang tanpa menoleh belakang dengan harapan akan berlanggar dengan Hye Mi.

Dia undur... undur... dan undur... BAM! Bunyi beberapa packet chocolate jatuh.

Hye Mi yang sudah beredar tadi menoleh.

"Lelaki bodoh ni lah. Kawan JGS!", bisik hati Hye Mi.

GD menoleh ke arah Hye Mi seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.

"Celaka betul, dia dah pergi tadi rupanya. Tak dapat nak pura-pura berlanggar", sumpah GD dalam hati.

"Geng korang ni sana sini lah nak buat kacau. Malam tadi Junyoung mabuk tepi jalan, hari ni kau pulak jatuhkan barang dalam kedai", Hye Mi menyindir GD.

GD berasa tersindir tetapi dia machokan dirinya.

"Nah", dia memberi sepeket coklat yang jatuh tadi kepada Hye Mi dan terus pergi.

GD berasa sangat malu dan dia cepat-cepat berlari tempat lain ketika Hye Mi tidak menoleh.

"Maluuuuuuuuu!", bisik hati GD sambil menutup muka dengan kedua belah tangannya.

"Yah!", tiba-tiba suara Hye Mi kedengaran dari belakang GD. GD terkejut dan menoleh.

"Kalau ye pun nak bagi ni, bayar lah dulu", Hye Mi mengangkat tangannya yang berisi sepeket coklat.

GD berjalan menuju kearah Hye Mi dan terus mengambil balik coklat itu. Dia terus pergi jalan mencari kaunter.

"Kaunter kat jalan depan tu lah...", Hye Mi menunjuk jalan ke kaunter kepada GD.

GD hanya terus berjalan mengikut Hye Mi menuju ke kaunter.

Sampai ke kaunter...
Hye Mi berbaris dihadapan GD. Dia hendak membayar semua bahan yang dibelinya.

"Semuanya 9, 000won", Kata gadis di kaunter itu.

"Nah", Tiba-tiba GD mengeluarkan duit dari walletnya dan membayar untuk Hye Mi.

"Mwo?", Hye Mi membesarkan matanya kerana terkejut. Dia terus mengeluarkan duit note 10,000 dan meletakkan ke dalam poket seluar GD sebagai ganti.

GD tidak peduli dan terus membayar. Dia tidak membantah Hye Mi membayar balik.

"Nah, coklat", GD memberi coklat kepada Hye Mi dengan muka tidak berekspresi.

Hye Mi mengambilnya sambil mengucap terima kasih dengan bunyi yang agak kasar.

Hye Mi nampak Seul Ki dan JGS di luar mart. Dia terus menuju ke arah Seul Ki.

"Mana Gwibin? Kenapa kau boleh bersama Jang Geun Suk ni?", Hye Mi melihat Geunsuk dengan pandangan annoying.

"Gwibin masih kat dalam kot. Aku tak tau lah kenapa dia ikut aku merata-rata", Seul Ki memberitahu Hye Mi.

"Yah! Aku kata aku tak tahu jalan keluar, sebab tu aku ikut kau!", Tiba-tiba Geunsuk menyampuk perbualan mereka kerana dia terdengar kata-kata Seul Ki.

Mereka hanya diam.

"Mana Junyoung ni?", GD bertanya kepada Geunsuk.

"Mana aku tau, tadi cakap nak cari energy bar untuk praktis petang ni". Geunsuk menjawab sambil melihat jam di handphone nya.

Seul Ki dan Hye Mi melihat satu sama lain setelah mendengar perbualan JGS dan GD.

"Jangan-jangan mereka berdua dating kot?", Hye Mi berbisik kepada Seul Ki.

"Ish, kau ni, jangan cakap yang bukan-bukan. Junyoung bukannya seperti diorang berdua tu, gatal", Bisik Seul Ki kepada Hye Mi sambil melihat JGS dan GD.

"Apa tengok-tengok sambil berbisik? Mengumpat ke?", Geunsuk melihat Seul Ki dan Hye Mi.

"Oh, tu Gwibin". Seul Ki menegur Gwibin yang sedang berlari kearah mereka berdua.

"Cepat cepat, palliiiiiii", Gwibin berlari menarik tangan mereka berdua sambil ketawa.

Mereka bertiga cepat menuju ke station bawah tanah untuk menaiki kereta api.

"Kenapa kau Gwibin?", Hye Mi pelik melihat Gwibin.

"Junyoung kejar aku satu mart. Nasib aku dapat pergi bayar tadi tanpa bertembung dengan dia", Gwibin menjawab dengan nafas tersekat-sekat.

Seul Ki ketawa kecil melihat kawannya itu, "Kenapa dia kejar kau?".

"Sebab ni", Gwibin terus menunjuk gambar Junyoung yang sedang mabuk itu kepada mereka berdua.

Mereka bertiga pun ketawa.

Thanks for reading!
Check out chapter 7.
junyoung's skin and muscle. <3

2 comments:

  1. hahaha. lawak.. yerr.. imagine lok ktk blari ngn ny rah emart.. hahaha. so cute~~

    ReplyDelete
  2. bukan EMART tok lah, MART! lol. location di korea aa, bukan kuching.lol.

    -Admin kaka.

    ReplyDelete