Wednesday, 25 May 2011

THE BAD BOYS [Chapter 9]



Di cafe...
Gwibin sedang memakan rice cake nya. Seperti biasa, tabiatnya memakan rice cake adalah memadat 4-5 biji rice cake sekali di dalam mulut.

Dia rasa seperti tidak percaya, dia terlihat Minho dan Hye Mi berjalan bersama menuju ke meja tempatnya makan. Sehingga rice cake tadi hampir keluar tetapi dia tahan je, takut rugi.

Gwibin cepat-cepat menelan rice cake dan terus meminum susu.

"Minho?", katanya cepat setelah menelan rice cake.

"Kenapa kau terkejut? Aku ada plan dengan Minho. Hehehe", Hye Mi terus mengambil beberapa biji rice cake Gwibin dan terus memakan satu per satu. Satu lagi dia bagi dengan Minho.

"Ey, kenapa kau bagi dia? Dia orang kaya, mana nak makan ni?", Gwibin tersengih evil.

"Mwo? Don't judge a book by its cover. Dia tak sekaya Jang Geun Suk atau Moon Junyoung tau tak?", Hye Mi melawan.

Minho hanya mengangguk kepala.

"So, apa plan korang?", Gwibin mengalah.

"Ok ke kalau aku bagitau dia?", Hye Mi meminta kebenaran Minho.

Minho mengangguk kepala.

"Dia nak menangi hati bekas kekasihnya, Kang Jang Mi sunbaenim kita", Hye Mi memberitahu Gwibin.

"Mwo? Macam mana?", Gwibin malas hendak bertanya kenapa mereka berpisah, dia hanya ingin tahu apa plan.

"Sebenarnya, kitorang belum plan lagi. Hihi, nak pakatan dari engkau je. Kau kan selalu banyak mastermind plots", Hye Mi mengambil hati Gwibin yang sememangnya agak kejam dibanding dengan Seul Ki yang innocent dan Hye Mi yang hyper.

Di Gym Myeongdong...
Junyoung ingin melepaskan geramnya di gym, tempat kegemarannya kerana dia gemar bersukan.

Otaknya asyik-asyik terkenang Bu In. Sehinggakan orang di dalam gym pun dia tengok seperti Bu In.

"Bu In?", nampaknya Junyoung bukan terkenang, memang dia nampak Bu In di dalam gym dengan matanya sendiri.

"Hi, long time no see", Bu In menyapa Junyoung.

Junyoung hanya berlagak cool. "Oh, ya".

"Sekarang ni masih belajar?", Bu In ingin berbual dengan Junyoung, rakan lamanya.

"Ya. Final year.", Junyoung seperti menehan air liur yang pahit.

Bu In ketawa kecil melihat gelagat Junyoung. Dia tidak pernah berubah kata hatinya.

"Nak duduk?", kata Junyoung dengan perlahan.

Bu In hanya mengangguk.

"Junyoung, awak dah ada girlfriend?", tiba-tiba Bu In mengeluarkan soalan cepu emas.

Junyoung tidak mahu dianggap loser seperti zaman sekolah dahulu di mana Bu In menganggap dia seorang lelaki yang langsung tidak memahami perempuan.

"Mesti lah ada!", tiba-tiba Junyoung menjawab dengan penuh semangat.

"Good. Then we'll meet again, soon. Pergi lah ke majlis pertunangan kami secara rasmi di Lotte Hotel malam sabtu ni. Bring your GF too", Bu In terus angkat dan pergi dari situ.

Junyoung hanya diam.

-Junyoung POV-
GF? Aku mana ada GF. Takpe, nanti aku nak mintak bantuan Jang Mi.

Tapi, nanti Minho fikir lain.

Hmm, nanti aku akan jelaskan kepada Minho. Pasti dia faham.

-End of Junyoung POV-

Minho masih lagi melepak dengan dua orang gadis yang memang suka melepak itu.

"Hmm, jika korang tak kisah, Seul Ki tu asal dia mana?", Minho teringat dengan JGS yang berusaha ingin mengetahui latar belakang Seul Ki.

"Dia dari Daegu", jawab Gwibin sambil minum susu strawberry, minuman kegemarannya.

"So parents dia sekarang tinggal di Daegu ke?", Minho bijak mengatur langkah untuk mengorek rahsia.

Hye Mi menggeleng kepala, "Bapak dia di bekerja di Seoul sekarang ni".

"Mak dia tak kerja?", Minho masih mengorek rahsia.

"Mak dia dah takde", Hye Mi menjawab dengan penuh kesal. Kasihan melihat kehidupan Seul Ki.

"Sebab tu dia sentiasa membaca novel pemberian mak dia", Gwibin pula menyampuk.

Minho mengangguk kepala tanda faham.

"Hidup dia sekarang susah...", Gwibin masih lagi menyambung.

"Ye lah, sebab tu Gwibin selalu tolong dia, Gwibin kan... ". Belum sempat lagi Hye Mi menghabiskan kata-katanya, mulut nya sudah ditutup oleh Gwibin.

Gwibin terus memberi isyarat diam kepada Hye Mi.

Minho berasa mereka berdua ni sangat pelik terutama Gwibin. Apakah rahsia dia? Banyak rahsia lah dia ni. Teringat pulak aku dengan Junyoung Hyung. Bisik hati Minho.

Di sebelah petang... Banyak atlit turun berlatih pada petang itu termasuk Junyoung.

"Mana pergi kau pagi tadi tak pergi kelas?", Minho bertanya sambil menarik nafas, menghembus nafas.

"Aku ada hal", Junyoung menjawab ringkas. "Aku ada hal nak bincang dengan kau", Junyoung menarik tangan Minho.

Tetapi pergerakan dia gagal kerana terdengar panggilan seseorang.

"Minho!!!", Hye Mi dengan excited berlari ke tengah padang diikuti Gwibin yang seperti bersembunyi di belakang Junyoung. Takut Junyoung menyerangnya. Macam lah Junyoung tak nampak.

"Hye Mi!!!", Minho menjawab panggilan Hye dengan excited dan bertambah rasa pelik melihat Gwibin berlari sambil menutup sebelah muka.

"Ada apa kau ni, Gwibin?" tanya Minho ketika Gwibin dan Hye Mi berada depannya.

Gwibin melihat Junyoung. Junyoung seperti tidak minat untuk bergaduh dengan nya. Junyoung hanya melipat tangannya dan melihat ke arah lain. Sambil menghembus nafas dengan kuat tanda marah perbincangan dia dan Minho terpaksa disekat.

Kini datang pula dua "ekor" tikus, JGS dan GD. Dua orang yang paling suka membawa masalah.

Geunsuk serta datang terus bertanya kepada Hye Mi dan Gwibin, "Mana Kim Seul Ki?".

"Yelah, aku tak nampak pulak dia hari ni", Gwibin melihat Hye Mi, Hye Mi pula melihat Minho. Mereka seperti orang bodoh. Semua terdiam. Jika waktu malam pasti sudah terdengar bunyi cengkerik.

"Aku nampak dia tadi tepi jalan, letak buku dekat cahaya matahari.", tiba-tiba Junyoung di belakang mereka berbunyi. Junyoung langsung tidak tahu tentang kejadian antara JGS dan Seul Ki. Bahkan Minho dan GD juga tidak tahu.

Geunsuk terus beredar dan mencari tepi jalan manakah tempat Seul Ki mengeringkan bukunya?

Thanks for reading!
Check out chapter 10.


8 comments:

  1. kesian Seulki!!! =( bodo JGS!!

    -aimi- :3

    ReplyDelete
  2. JGS nang menyakitkan hati dalam cita tok.

    -Admin kaka.

    ReplyDelete
  3. lawak juak cta tok

    ReplyDelete
  4. kesian aie.. imagine lok knk plh gya.. hahaha.

    -aimi-

    thank you anonymous! =)

    ReplyDelete
  5. mi, ownett tok...ney smbungn epi 10??xsbr ewh...ahahahaks

    ReplyDelete
  6. hey nett! hehe. tggu admin ny upload lok k.. hahaha. maksehh enjoy.. =)

    -aimi-

    ReplyDelete
  7. aku gk dlm keadaan malas tok. jap gk ku update. gik ngolong rmbt tok.

    -Admin Kaka.

    ReplyDelete