Tuesday, 24 May 2011
THE BAD BOYS [Chapter 4]
Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia membiarkan Gwibin tetapi apakan daya, nanti bermusuhan pulak dia dan Subin, sepupu kepada Gwibin yang rapat dengannya di Cyworld.
Dia melihat Gwibin duduk di gerai tepi jalan.
-Junyoung POV (point of view)-
"Huh, memang kelas bawahan.Duduk pun di gerai tepi jalan.", bisik hatiku.
Aku duduk bersebelahan dengan Gwibin. Sebelum duduk, aku mengelap permukaan kerusi dengan sapu tangan. "Kotor", kataku.
Gwibin langsung tidak menoleh kearahku. Aku mahu perhatian.
"Cepat sikit, aku nak balik". Aku menanti jawapan Gwibin.
Masih tiada apa-apa.
"Oppa! Bagi saya soju!", Gwibin memberitahu pelayan kedai gerai.
"Soju? Apa ke benda tu?", bisikku di dalam hati, hairan.
Gwibin masih tidak menolehku. Macam aku tak wujud.
-End of Junyoung POV-
Beberapa minit berlalu... Gwibin sudah minum 3 gelas Soju.
Tiba-tiba dia menuang segelas untuk Junyoung.
"Nah", pelawa Gwibin.
Junyoung hanya mengambil gelas itu dan terus minum, sekaligus.
"Eww!", dia memasang muka what-the-hell-is-this.
Gwibin ketawa. "Kau tak pernah minum ke?".
"Tak. Ni arak?!", Junyoung marah dengan nada rendah.
Gwibin mengangguk kepala, "Hmm, arak orang kelas bawahan".
Junyoung membesarkan mata, terkejut.
"Tapi, arak murahan ni lah yang dapat hilang stress, contohnya stress berhadapan dengan orang seperti kau", Gwibin senyum.
"Kalau macam tu, bagi segelas lagi, aku nak hilangkan stress berjumpa dengan orang seperti kau", Junyoung membalas dendam.
Sejam kemudian, Junyoung minum sebanyak yang boleh dan dia mabuk, peng sudah! LOL.
Junyoung tertidur di atas meja. Gwibin bingung.
"Aigoo, mabuk pulak dia ni", Gwibin terus menyeluk saku Junyoung untuk mengambil telefon bimbit Junyoung.
"Nak call sapa... mak dia? Eh, tak boleh. Nanti dia kena marah. Hmm... Jang Geun Suk!", Kata Gwibin sambil menekan-nekan screen handphone Junyoung.
Seketika kemudian...
Gwibin dan Geunsuk terdiam di dalam kereta Geunsuk. Manakala Junyoung baring di kerusi belakang. Kereta Junyoung pula dipandu oleh GD dan Minho.
Tiba-tiba Geunsuk memecah suasana diam.
"Macam mana korang boleh keluar bersama?", Geunsuk bertanya tanpa menoleh ke arah Gwibin.
"Blind date". Gwibin menjawab sambil matanya melihat luar tingkap berterusan.
"Dia tak pernah keluar dengan perempuan", Geunsuk kali ni melihat Gwibin sesaat dan mata terus melihat hadapan.
"Betul ke? Aku pun sama", Gwibin menjawab dengan suara yang semakin perlahan.
"Dia sama macam kau, suka bersukan dan dua-dua pernah tinggal di luar negara". Geunsuk memperhebatkan lagi perbualan.
"Mwo?! I mean, apa? Macam mana kau tahu aku suka bersukan dan pernah tinggal di luar negara??", Gwibin terkejut.
"Sebab dia selalu cakap dia terjumpa kau semasa dia jogging setiap petang, diakan atlit fakulti dan dia cakap dari accent kau, dia dah tahu kau pernah tinggal di luar negara". Geunsuk seperti biasa, seorang yang straight-forward.
"Atlit fakulti? Aku pun atlit fakulti", jawab Gwibin dengan nada sederhana.
"Oh, nampaknya, korang pasangan yang sangat sesuai, tahniah! tahniah!", Geunsuk ketawa kecil.
"Idiot. Sampai mati aku takkan bersama orang macam tu", Gwibin marah.
"Oh ya, kawan kau tu, si Seulki... Dia tak join sukan nanti?", tanya Geunsuk. Dia ingin tahu. Ntah kenapa dia ingin tahu tentang jadual hidup Seulki.
"Ya. Dia ambik acara lompat tinggi". Gwibin menjawab.
"Oh, aku pun sama!", jawab Geunsuk. Dia menipu. Padahal selama dia hidup, dia tidak pernah bersukan, apatah lagi hendak mewakili fakulti.
"Oh ya?", tanya Gwibin, kurang percaya.
"Oh, sudah sampai ke hostel kau. Ok, bye", Geunsuk mengelak dari Gwibin. Mungkin Gwibin tahu dia menipu? Nasib baik sudah sampai ke destinasi.
"Ok. Thanks. Oh ya, sesampai di rumah, letak aspirin dan segelas air di sebelah katil Junyoung. Itulah pengubat sakit kepala setelah mabuk Soju". Gwibin terus pergi.
"Fuhh, nasib tak kantoi. Kenapa mulut ni bodoh sangat cakap mewakili fakulti??????", kata Geunsuk sambil menampar-nampar mulutnya.
Di rumah Minho...
"Aku nak call Jang Mi lah", bisik hati Minho.
"Eh, tak. Tak mungkin dia akan jawab."
Minho terus terduduk di katil. Dia melihat gambar Jang Mi di dalam handphone nya. Gambar tahun-tahun lepas, ketika mereka masih bersama.
-Flashback-
Minho menarik tangan Jang Mi, "Jum selca bersama!".
Jang Mi melapaskan diri dari pegangan Minho, "Shirheo! Saya tak cantik dalam gambar lah".
"Tch! Apa yang awak cakapkan ni?? Awak adalah perempuan yang paling cantik dan paling saya sayang di dunia ni!", Minho memujuk Jang Mi.
"Betul awak paling sayangkan saya?", Jang Mi kurang yakin.
"Ya! Nak bukti?", Minho terus naik di atas kerusi sekolah dan terus melaungkan "Saya cintakan JANG MI seorang sahaja!!!!", di hadapan semua pelajar semasa waktu rehat. Semua pelajar menepuk tangan. Jang Mi berasa malu tetapi dia gembira.
-End of flashback-
"Huhhhh... Kenapa lah aku dulu bodoh sangat curang dengan dia?!", Minho memukul-mukul kepalanya sendiri, kesal.
thanks for reading!
check out chapter 5.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


hhahahaha siyes lawak! kenak ff kita lawak2 jak tok aa?? hahaha
ReplyDelete~admin feerah
apa nak lawak nya? LOL
ReplyDelete-admin kaka.
lawak. selca indah. pecah perut tetak.
ReplyDeletesorry yat, ya jak yang mampu ku tulis. ya jak idea ada.
ReplyDelete-Admin Kaka.