"CELAKA! Pengawas bodoh tu ade pulak!" sumpah Hyemi di dalam hati. Pengawas yang dimaksudkannya adalah Jiyong, seorang lelaki yang sentiasa bertugas di pintu masuk sekolah. Disebabkan Hyemi agak liar, datang lewat, dye rambut, dan selalu tidak memakai kasut sekolah, Jiyong selalu menahan Hyemi dan mencatat nama Hyemi. Hyemi amat bencikan Jiyong kerana pengawas itu amat kasar melayannya.
Apabila hampir tiba di pintu masuk, Hyemi cuba menundukkan mukanya supaya Jiyong tidak sedar akan kehadirannya di situ.
"Yaaahh! Berhenti!"
'Aishh~ Bodoh', rungut Hyemi. Tajam betul mata Jiyong ni boleh nampak aku. Hyemi memalingkan wajah ke arah Jiyong. Pandangan tajam diberikan.
Jiyong melambai-lambai tangan sebagai tanda meminta Hyemi berpatah balik ke pintu masuk. Hyemi menurut walaupun hatinya menyumpah-nyumpah Jiyong.
"Wae??" marah Hyemi sebaik sahaja sudah sampai di depan Jiyong.
Jiyong memerhati Hyemi dari atas sampai ke bawah. Rambut ok, dah dye hitam balik. Anting-anting kat bibir pun dah takde. Hari ni pun Hyemi pakai kasut sekolah. 'Hmm, baik pulak pompuan ni hari ni', bisik hati kecil Jiyong.
"Apa tengok-tengok?" soal Hyemi kasar pabila sedar Jiyong begitu tajam memerhatinya dari atas sampai bawah.
"Nak tengok awak ade buat kesalahan ke tak. Nampaknya hari ni awak ikut peratu......" kata-kata Jiyong terhenti setakat itu apabila melihat Hyemi mengatur-ngatur rambutnya. Mata Jiyong tertancap pada jari-jemari Hyemi. Kuku warna hitam!
"Hah! Ni kenapa pulak cat kuku??" serta merta Jiyong menengking Hyemi. Hyemi yang terkejut terus membulatkan mata.
"Tch! Kuku aku ni magic tau tak! Boleh bertukar warna setiap hari", jawab Hyemi selamba.
"Eh, awak jangan kurang ajar sangat! Tak boleh ke jawab baik-baik?"
"Yang kau tu tengking-tengking aku apsal?? Kau ingat kau pengawas, jadi kau bagus sangat hah???!"
Jiyong menarik nafas menahan marah. 'Tuhan, berikan lah aku kesabaran yang tinggi layan kerenah minah gila ni'
"Ini amaran terakhir untuk awak. Kalau saya tengok kuku awak masih bercat lagi lepas ni, saya akan terus hantar nama awak ke bilik disiplin. No more excuse! Selama ni saya dah cukup sabar dengan perangai awak, saya tak sampai hati nak hantar nama awak. Tapi kali ni awak betul-betul dah keterlaluan. Dah berapa banyak peraturan yang awak langgar, tak penah sehari pun tak buat hal. Dan hari ni kurang ajar pulak kat saya. Lepas ni kalau awak buat hal lagi saya akan hantar semua nama-nama awak yang saya simpan selama ni. Biar cikgu disiplin kena serangan sakit jantung bila dapat tahu beratus-ratus kesalahan yang awak dah langgar. Pastu, nanti awak kena buang sekolah! Ini amaran terakhir!!!! Faham??" panjang lebar Jiyong memberi amaran kepada Hyemi.
Hyemi menelan air liur. 'Kena buang sekolah? Mati aku kena bunuh bapak aku nanti,' bisik hati Hyemi.
"Hmm.. tau lah aku! Tak payah nak ingatkan aku. Dah, aku takde masa nak dengar ceramah kau tu", ujar Hyemi lalu beredar dari situ. Huh, si pengawas bodoh rasa bagus je!
Jiyong menggeleng-geleng kepala melihat telatah Hyemi itu. Gadis itu sering kali bergaduh dengannya kerana kesalahan yang sama. Dia pun sudah naik jemu.
DI DALAM STUDIO...
Hanya Seulki dan Jangmi yang berada di dalam studio. Tapi, setelah sepuluh minit mereka bertugas di dalam studio itu, Hyemi, Gwibin dan Junyoung muncul di muka pintu lalu duduk lepak di atas sofa di dalam studio. Junyoung adalah kawan lelaki yang sangat rapat dengan Gwibin. Kalau Gwibin tidak bersama dengan Seulki, Hyemi, mahupun Jangmi, pasti dia akan bersama dengan Junyoung. Junyoung sentiasa menemani nya di mana sahaja.
"Korang berdua dah makan ke?" soal Gwibin kepada Seulki dan Jangmi.
"Dah. Korang dari mana tadi?" soal Seulki pula.
"Tadi lepas makan kat dewan makan mulu, kitorang jalan-jalan je," jawab Gwibin.
"Kau tau tak kitorang jumpa siapa.. Cuba teka?" sampuk Hyemi.
Seulki dan Jangmi saling berpandangan. "Siapa?" serentak mereka berdua bertanyakan soalan yang sama.
"Kitorang jumpa pengawas bodoh tu ler.. Sana sini je jumpa dia. Benci aku," rungut Hyemi. Dendamnya terhadap Jiyong masih membuak-buak.
"Ye? Kat mana?" soal Jangmi penuh minat.
"Kat blok kelas. Dia tengah ronda-ronda, nak carik kesalahan orang lah tu.. Tu kan keje dia".
Seulki ketawa. "Benci betul kau kat die ye?" soal Seulki geli hati.
"Yelah, sampai bila-bila pun aku akan berdendam dengan dia. Dahlah penah panggil aku perempuan sihir".
"Hahaha..aku tau, mesti dia panggil kau perempuan sihir sebab dressing kau menakutkan, kan?" sampuk Junyoung yang tadi mendengar perbualan gadis-gadis itu. Gwibin menampar lutut Junyoung. Enak aja cakap macam tu. Kang kena penampar Hyemi, dahlah Hyemi tu samseng.
"Biarlah! Leceh lah nak ikut peraturan sekolah. Taknak aku jadi budak baik sangat.. Bukan macam dia tu," Hyemi mengerutkan dahi. Apabila bercerita tentang Jiyong, pasti api marahnya membuak-buak. Rakan-rakannya itu tahu benar kisah Hyemi dan Jiyong. Masakan tidak, hampir setiap hari Hyemi menyumpah-nyumpah Jiyong di depan mereka. Tapi bagi mereka, itu memang sudah sifat Hyemi. Mereka sama sekali tidak pernah menyalahi Hyemi kerana mereka sahaja yang tahu bagaimana keadaan sebenar Hyemi.
~END OF CHAPTER 2. I'LL BE BACK. GIDALYEO~

celaka juak. perey mek tetak sorg baca cta tok. update gik!
ReplyDeletepahal ktk tetak indah? hahaha.. kmk blom baca nok d update ktk gik. kmk nak baca lok..
ReplyDelete-admin feerah
hahaha. lawak!! dewan mulu!! hahahaha.
ReplyDelete-aimi-
GD jg pengawas!!! LMFAO.nganok Hye MI maka nya tek bukan main piercings n rambt blonde. daebakkkk!
ReplyDelete-admin kaka.