Waktu sekolah sudah tamat. Semua pelajar bersiap-siap untuk pulang ke rumah masing-masing. Seperti biasa, Seulki akan berjalan kaki ke rumah memandangkan rumahnya agak dekat dengan sekolah.
Seulki singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli aiskrim keladi kegemarannya.
"Kansamhamnida ahjussi!" ucap Seulki setelah membeli aiskrim. Dia memang suka singgah ke kedai itu ketika dalam perjalanan pulang.
Seulki meneruskan langkah. Hatinya berasa senang, cuaca hari ini baik sekali. Musim bunga sangat indah sekali. Di tepi jalan, pokok-pokok mula mengeluarkan bunga yang cantik.
Seulki memperlahankan langkahnya apabila telinganya terdengar sesuatu yang sangat menarik perhatian. Bunyi gitar!
Mata Seulki mencari-cari arah bunyi gitar itu. Seulki menoleh ke kiri. Di sebuah lorong kecil, seorang pemuda sedang fokus bermain gitar.
Seulki memerhati lelaki itu. Lelaki itu keseorangan saja. Dia hanya menunduk sambil jarinya memetik-metik gitar.
Seulki hanya berdiri di situ. Sangat indah lagu yang dimainkan lelaki itu. Tapi, lelaki ni kan budak sekolah aku?
Seulki tidak mengenali lelaki itu, tapi dia tahu lelaki itu adalah pelajar sekolahnya dari pemakaiannya, uniform yang sama.
Seulki terus menjadi pendengar setia dari jauh kepada alunan gitar lelaki itu.
"OMO!!!!" jerit Seulki tiba-tiba.
Serta-merta lelaki yang bermain gitar tadi menoleh.
"Aishh~" keluh Seulki di dalam hati ni. Ada seekor kucing tiba-tiba lalu di tepinya. Seulki memang agak takut dengan binatang. Dia cepat terkejut kalau ada binatang dekat dengannya.
Sekarang, Seulki berasa malu pula. Lelaki tadi sedang memandangnya kerana hanya Seulki yang berdiri di penghujung lorong itu sambil menghadap ke arahnya. Memang ketara lah Seulki sedang memerhatinya dari tadi.
Seulki terus memusingkan badan dan berlari-lari anak. Malu.
KEESOKAN HARINYA..
Hyemi datang awal ke sekolah. Hari ini dia pergi sekolah dengan muka yang bangga. Dengan selambanya, dia lalu pagar sekolah tanpa ditahan. Itulah pertama kali dia tidak ditahan.
"Yahhh!" jerit satu suara.
Hyemi mengetap bibir. Tahu benar dia itu suara siapa.
Hyemi berpaling dan membulatkan matanya. Apa pulak pengawas bodoh ni nak?
Hyemi hanya memberi isyarat muka 'apa?'.
Jiyong datang menghampiri Hyemi dengan senyuman.
"Wah..Hyemi. Nampaknya awak betul-betul ikut peraturan hari ni," puji Jiyong. Hyemi benar-benar tampak lain hari ini. Selalunya, penampilannya Hyemi persis seorang perempuan black metal. Tapi kali ini, Hyemi benar-benar seperti gadis lembut dan suci. Rambut Hyemi yang selalu messy, hari ini diikat kemas. Matanya yang selalu diwarna dengan eye liner tebal, hari ini wajahnya tanpa secalit make up pun. Tampak natural dan suci. Pakaian Hyemi pun kemas. Kuku dah takde cat, hari ni pun Hyemi pakai kasut sekolah.
"Apa tengok-tengok aku ni? Geli aku!" marah Hyemi.
Jiyong tergelak. Hari ni Hyemi betul-betul nampak seperti seorang perempuan. Tapi perwatakannya masih tidak berubah. Masih kasar.
"Kan bagus kalau tiap-tiap hari ni macam ni".
Hyemi menjeling. Huh, aku buat ni sebab taknak kene buang sekolah. Kalau kene buang sekolah, teruk aku kena belasah dengan bapak aku yang pemabuk tu.
"Sebab aku malas nak tengok muka kau lagi. Asyik-asyik kau je yang tahan aku, jemu pulak aku," jawab Hyemi dengan nada yang mendatar.
Jiyong hanya senyum. Hyemi pelik. 'Asyik senyum je dari tadi. Gila apa!'
"Takpelah, Hyemi ssi. Saya pun dah jemu nak catat nama awak je," balas Jiyong. Hyemi merenung tajam ke arah Jiyong.
"TCH!! Kau tau tak aku sebenarnya paling benci ikut peraturan. Apa gunanya ada peraturan? Biarlah pelajar nak buat apa pun. Asalkan diorang belajar. Macam aku, aku ni selalu buat jahat tapi aku ni top student dalam kelas".
"Hyemi ssi.. apa gunanya makan ikan kalau tercekik tulang?" ujar Jiyong tiba-tiba. Hyemi mengerutkan dahi.
"Mwo??"
"Kalau kita makan ikan, kita mesti hati-hati dan buang tulangnya supaya bila kita makan, tak tercekik tulang. Memanglah niat kita nak makan isinya tapi kita kena hati-hati jugak. Tercekik tulang boleh memudaratkan diri kita. Macam tu la peraturan. Niat kita memang nak belajar tapi mestilah ikut peraturan yang ditetapkan supaya jadi pelajar yang berkualiti, hasilnya pun bagus dan tak memudaratkan diri!" jelas Jiyong dengan panjang lebar.
Hyemi mengerutkan dahi. Skema pulak dah mamat ni! Hyemi menjeling dengan pandangan annoying.
"Baiklah, Hyemi ssi. Saya nak bertugas balik. Annyeong!" Jiyong terus beredar dan balik ke pintu masuk.
Hyemi hanya tercegat dan memandang Jiyong sehingga lelaki itu jauh dari pandangan.
'Lelaki ni pelik! Hari tu bukan main marah-marah aku. Kali ni bagi nasihat senyum-senyum pulak'.
Tapi jauh di sudut hatinya, dia terfikir jugak apa yang dikatakan Jiyong tadi. Hmm!
~END OF CHAPTER 3. PLEASE WAIT PATIENTLY FOR GWIBIN AND JANGMI STORIES. I WILL WRITE MORE STORIES ABOUT THEM LATER. ;)~

"Hyemi ssi.. apa gunanya makan ikan kalau tercekik tulang?" ujar Jiyong tiba-tiba. <-lol perey mek. skema da jak.
ReplyDelete-Admin kaka.
hahaha. aok ehh.. kmk blurr time word ikan.. 2 3 kali mek bca balit takut mek slh ka apa. hahaha.
ReplyDelete-aimi-
haha. cgek gk lawak juak, nak part mdh bpk Hye Mi pemabuk.lmfao. kmk mejin bpk urg ya kaki mabuk.
ReplyDelete-Admin Kaka.
hahaha. kmk mejin bpk mek mabok. hahaha. lawak lawak..
ReplyDeletelol aimi damn you.
ReplyDelete-Admin Kaka.